Love Images

Awesome people was here

August 10, 2011

Murtad ??

Hi sume :)

Lately ni kite sering mendengar mengenai isu murtad. Kalau di GOOGLE mengenai murtad ni. Mesti macam2 artikel yang korg akan jumpe.Makin lama makin panas isu nya dan tersangat tak best nyer bile ade juga manusia yang bangga dia dah murtad dan dengan sewenang-wenangnyer mengutuk agama ISLAM dan Nabi Muhammad S.A.W. MasyaAllah!!!

Pada pandangan saya, isu ini tak boleh dipandang remeh oleh kite semua. Lagi pun isu ni mmg dah lama wujud. Cume kite je tak sedar selama ni. Golongan murtad ni biasanye dulu bergerak secara underground dan tidak meng “expose “ diri mereka. Tapi sekarang tidak. Mereka sudah berani untuk mengaku diri mereka itu murtad. Aduhai….

Bagi kite yang masih berpegang teguh pada akidah Islam. Teruskan lah percaya dan kekal kn pendirian kite terhadap agama kita yang satu, iaitu ISLAM. Bukan apa, kadang2 kalau kite baca segala sebab2 mereka yang murtad ni. Silap2 kita boleh terpengaruh dengan mereka.Hish! mintak2 di jauhkan la ye.

Sekadar untuk berkongsi bagi mereka yang tidak tahu maksud murtad.
sile rujuk di bawah ye.

Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.
2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor perkahwinan.

 

p/s: semoga kita tidak terpengaruh dengan mentaliti yang tidak betul ni.

No comments:

Post a Comment

i know WHO you are !