Love Images

Awesome people was here

August 22, 2011

TIPS: Kebaikan berjalan kaki


Salam dan hi sume =)

Berjalan kaki… biarpun senaman ini terlalu mudah dan ringan, namun ianya ternyata mempunyai banyak manfaat pada kesihatan. Antara 10 sebab kenapa ianya penting untuk tubuh badan ialah :
  1. Dari penyelidikan Duke University Medical Center, berjalan kaki selama 30minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome, iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.
  2. Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan boleh mengurangakan risiko kanser payudara.Kerana ketika berjalan lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.
  3. Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu lebih nyenyak.
  4. Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relax.
  5. Mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot, serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.
  6.  Membuatkan kamu bahagia. Dimana ianya membantu mengurangkan stress.
  7. Berjalan kaki selama 90minit selama seminggu boleh membuatkan mood kamu lebih gembira. Dimana tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil ENDORPHIN.
  8. Wanita yang berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun. Fuyooo~
  9. Awet Muda. Bejalan kaki membuatkan otak kamu menjadi lebih aktif.
  10. Berjalan kaki selama 30minit sebanyak 3kali seminggu dikatakan boleh mencegah dan mengurangkan risiko tulang rapuh.

P/S: Jom try… :)

Warga Singapura dan kari

SINGAPURA: Banyak yang perlu dilakukan bagi menggerakkan kempen massa di Singapura tetapi rupa-rupanya penawar kesukaran itu terletak pada makanan.

Setakat ini, kira-kira 57,000 pengguna Facebook di Singapura berkata, mereka bersetuju untuk memasak atau memakan kari setiap Ahad bagi menunjukkan protes terhadap aduan satu keluarga dari China yang kurang senang dengan bau kari dari jirannya berketurunan India.

Kempen itu juga bagi menunjukkan sokongan kepada penduduk keturunan India di Singapura.

Isu itu menjadi perhatian ramai apabila aduan keluarga dari China itu memaksa pihak berkuasa tempatan campur tangan bagi mencari jalan tengah.

Satu halaman dikhaskan untuk isu itu kemudian dibuka dalam Facebook selepas pertikaian mengenainya dilaporkan media tempatan.

Akauntan yang membantu halaman khas itu, Stanley Wong, 37, berkata disebabkan mereka tinggal di Singapura yang mempunyai kepadatan tinggi, jiran sepatutnya bersikap saling memahami.

lebih detail di HMETRO

August 21, 2011

Bapa hantar anak ke tempat yang tak sepatutnya

PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.
Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.

Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.

Kes itu terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan di Gereja Methodist, Damansara Utama, dekat sini, dilaporkan 4 Ogos lalu.

Mendedahkan perkara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan Baitul Fiq.
“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.


“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” katanya.

Menurutnya, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.
“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.
“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain.

“Yang saya khuatir ialah soal akidah lima beradik itu dan saya sedih dengan tindakan si bapa menempatkan mereka dalam gereja,” katanya.

Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

Katanya, lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini, dan kemelut yang berlaku dikhuatiri turut menjejaskan persiapan peperiksaannya.

Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris.

sumber: HMETRO

August 20, 2011

Rezeki Ramadhan…

Salam Semua :)


Hari Selasa dimana harinya bertarikh 16 Ogos 2011. Hari yang membuatkan saya tersenyum lebar sampai ke telinga. Nak tahu kenapa ??

 

DSC01166

Ini sebabnya… =)

 

Syukur Alhamdulilah. Terkejut sangat2 masa dapat parcel and letter di atas.
Sebab contest kt ASTRO ni dah lama dh. Senang cakap memang tak ingat langsung pasal contest ni. Even dapat consolation prize, tapi saya tetap bersyukur sangat2. Benda free jangan di tolak, betul tak ?

 

DSC01168 The prize ^_^

 

 

 

P/S: Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tiada siapa yang tahu  =P

August 17, 2011

Raya Shoppingholic !

Hi sume :)

Dah bape hari ek saya tak update entri baru ye?huhu…

Weekend lepas adalah hari yang sangat best. sebab dapat hangout dengan my most lovely BFF, cik ANA. The only girl yang tersangat close dengan saya sekarang. Kami sama2 gile2,sewel and kaki ukur jalan. =P
Kalau dah keluar sama2, masing2 terus tak ingat nak balik umah. ada je projek nak dibuat. yela! hampir semua mall kami berdua masuk. kadang2 bukan nk beli barang pun. just cume cuci2 mata. kalau ada barang penting je baru beli. berjimat cermat amalan mulia la.

Time hari sabtu, kami berdua pergi la jalan2 dekat UpTownBandar. Sambil tu nak cari la tudung untuk beraya nanti. Tengah syok berbual2 and ushar gerai2 yang ad kat situ. Tetibe terpandangkan 1 group guys. hanya bertshirt dan berkain pelikat. ok, itu sangat sempoii di mata kami. jarang la sekarang nak jumpa lelaki muda yang berkain pelikat berjalan di tempat umum tanpa rasa gusar.lepas tu pekena char kueh tiaw kt mini bustand pagoh dekat jalan pesta.sambil tu layan bola. tengah syok berborak2,tengok jam dah pkul 12 lebih. balik la woi!! huhu..

Hari Ahad, kami keluar lagi. Tapi time keluar pun dh petang dalam pkul 3
lebih. Temankan cik Ana beli kasut dan seluar raya. Then pegi berbuke dekat RasaMas at Giant. Agak best juga la makanan dekat situ. Lagi2 bila orang yang belanje. =P

missAna Tukang Belanje :P

missFarTukang Makan :)

food . Santapan kami .

 

P/S: thankz cik Ana yg comey lagi Gorgeous. next week kite dating lagi k !

Cute

August 15, 2011

Lonely..

The words I’m saying right now, I don’t know if they’ll hurt you
They’ll probably make you hate me forever
You, saying that I’m not the same as I used to be, is not completely untrue
This changed me is a stranger to myself as well
You are so kind but
That’s the way you are but oh
I don’t know I don’t know
Why I am like this
We were so in love, and you’re here now but oh
I don’t know
I want to find myself now

Baby I’m sorry, even when I’m with you, I’m Lonely
I must be lacking when it comes to love, please forgive this person horrible person I am
I’m sorry, this is your and my story
I must not be worthy of this thing called love, even though I’m by your side
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely

You didn’t do anything wrong, I’m the strange one
It seems I’ve already been prepared long ago, for our breakup
I really wanted to treat you well, out of all the times, why is it when I’m confronted by love
I am shrinking away & am lonely endlessly
You are so kind but
That’s the way you are but oh
I don’t know I don’t know
Why I am like this
We were so in love, and you’re here now but oh
I don’t know
I want to find myself now

Cuz I’m just another girl
This night is lonely, I
Can’t take any more, Good bye
Cuz I’m just another girl
I’m so lonely
Even though I’m by your side right now
Baby I’m so lonely
Lonely lonely lonely lonely
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely

p/s: 2NE1 <3

Kamu adalah nadi ku.

Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikan ku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

 

cik FF mode: hurt.

August 13, 2011

Cinta Luar Biasa…

Sesungguhnya tiada siapa dapat menduga dengan siapa perasaan itu hadir...kerana hati ini milik Allah swt...Andai ia hadir waktu ku bersedia ataupun tidak...Akan ku hadapinya dengan REDHA...Boleh jadi ia suatu rahmat, mungkin juga satu ujian drNya...Aku perlu tunggangi perasaan dengan IMAN dan TAQWA kepadaNya...

Andai benar dia milikku...biarlah keajaiban Allah yang berbicara...Seandainya sebaliknya...pasti ada pengganti yang lebih mulia...Andai pula diriku ditakdirkan sendiri selamanya...ku pasrah..kerana ku tahu...rahmat dan kasih sayangNYA tidak kan putus buat hamba-hambaNYA....

Kepada Allah jualah tempatku berserah...

Cinta luar biasa..Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..Kisah cinta Handzalah..Meninggalkan isteri di malam pernikahan..Lantaran menyahut seruan jihad..Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..Seteguh kasih Khadijah..Tak pernah jemu memberikan sokongan..Rela mengorbankan segala kemewahan..Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..

Cinta luar biasa..Kisah kesetiaan Abu Bakar..Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan..Insan yang sentiasa membenarkan..Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta luar biasa..Kisah ketabahan Hajar..Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..Umpama keberanian Ali..Di malam penghijrahan Nabi..Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..Iman di dada tak sedikit pun goyah..Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..Redha dan sabar menempuh segala ujian..Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..

Mampukah kita meraih cinta luar biasa ini..Sama-sama kita Muhasabah Diri.. =)

Mr.Creep . . .

Hi sume =)

Korang pernah admire/minat someone tak? minat yang melibat kan hati tau!bukan minat macam kite minat kt artis k. Tipu la kalo korang tak pernah ad rase admire kt seseorang. Truly, saya dulu ad la minat kt one guy ni. Nak kate dia ni handsome? takde la handsome mane pun. maybe sebab muke dia cute kot.haha… saya gelar dia mr. Creep! why?…adelah!

Er..nak di jadikan cerita la. dia ni actually abang kepada my friend yang bernama N. mula2 tu tak tahu pun diorang ad related. Di sebabkan kejadian bertembung mata masa tengah lepak2 kat depan rumah si N la saya baru dapat tahu pasal diorang. time tu mr.Creep ni baru balik dari bandar. malu gile ar time tu. yang si N dh gelak2 kan saya bila dia perasan muka saya berubah bila nampak abang dia. =.=”

Tapi dsbbkn si N ni kwn yang sporting. senang la juga dapat no fon mr.Creep. So, bermula la misi meng ushar. mr.Creep ni pendiam orang nyer. baik and memang tak banyak cakap. tapi dia sangat cool bila dia jamming.huhu..
cara dia dress-up pon sempoi jer. senang cakap time tu memang agak obses la dengan mr.Creep ni.

Lama jugak saya berkawan dengan dia. almost 5-6 tahun. tapi takde la sampai tahap nk ber couple. sebab bila lama2 kawan dengan dia ni, lebih comfort anggap dia as someone yang myself pernah admire dari jadi girlfriends dia. tak tahu kenapa dengan hati ni. padahal ada jer peluang nak jadi awek mr.Creep.tapi entah la…

why I called him mr.Creep?
sebab dia suka giler sebuah lagu ni. tajuk lagu tu “CREEP” by Radiohead. mula2 dengar lagu tu memang tak best pun. tapi bila dah layan and fahamkn each lyrics lagu tu. saya pun dh ter”LIKE” lagu tu jugak.

Tapi itu story lama…
Both of us dah tak contact each other lagi. Tak tahu kenape dia tiba2 hilang macam tu je. ada jugak terserempak dengan dia kat bandar. tapi biasanya saya just tengok dia dari jauh. tak berani nak datang dekat. Recently, kira2 3hari lepas. terserempak dengan dia dekat simpang jalan. time tu saya dengan mr.Boo nak ke pasar ramadan. terkejut la nampak dia. bertambah chubby.tp still cute lagi :)
walau apa pun, he just part of my sweet old memory. thankz to him for everything.
hope he still remember our old friendship and the memory…

 

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here…

P/S: cerite korang macam mane pulak ???

August 10, 2011

Murtad ??

Hi sume :)

Lately ni kite sering mendengar mengenai isu murtad. Kalau di GOOGLE mengenai murtad ni. Mesti macam2 artikel yang korg akan jumpe.Makin lama makin panas isu nya dan tersangat tak best nyer bile ade juga manusia yang bangga dia dah murtad dan dengan sewenang-wenangnyer mengutuk agama ISLAM dan Nabi Muhammad S.A.W. MasyaAllah!!!

Pada pandangan saya, isu ini tak boleh dipandang remeh oleh kite semua. Lagi pun isu ni mmg dah lama wujud. Cume kite je tak sedar selama ni. Golongan murtad ni biasanye dulu bergerak secara underground dan tidak meng “expose “ diri mereka. Tapi sekarang tidak. Mereka sudah berani untuk mengaku diri mereka itu murtad. Aduhai….

Bagi kite yang masih berpegang teguh pada akidah Islam. Teruskan lah percaya dan kekal kn pendirian kite terhadap agama kita yang satu, iaitu ISLAM. Bukan apa, kadang2 kalau kite baca segala sebab2 mereka yang murtad ni. Silap2 kita boleh terpengaruh dengan mereka.Hish! mintak2 di jauhkan la ye.

Sekadar untuk berkongsi bagi mereka yang tidak tahu maksud murtad.
sile rujuk di bawah ye.

Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.
2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor perkahwinan.

 

p/s: semoga kita tidak terpengaruh dengan mentaliti yang tidak betul ni.

August 7, 2011

Ya Ramadan al-mubarak.

Hi sume :)
tup2 dh seminggu kite berpuasa. sekejap je masa berlalu.
pejam+celik dh seminggu. so, tinggal 3minggu je lagi nk berhari raya Aidilfitri. yay!!tapi dh seminggu juga la tak dapat merasa masakan omma saya.rindu nyerrr! actually, dh lame dh omma tak memasak kt rumah. bukan sbb omma saya tak sihat. cuma our kitchen tengah under renovation. sebulan sudah rumah berhabuk tebal. tapi renovation nyer masih tak siap2 lagi. janji tinggal janji. sakit hati betul!! jenuh la hari2 nak kena sapu + mop rumah sebab saya ni peng “Alergik” tegar dengan habuk. bukan nak mengade2.but it is a fact. i have sinus and also eczema. once kalo kulit dah terkena habuk, mula la gatal2 + merah2 at my nose and my face also my eyes. serious tak tahan. tapi nak buat macam mane kan? kena tahan jer la.

but, i am really disappointed la dengan kontraktor yang buat our kitchen renovation ni. kerja dia langsung tak praktikal. berterabur la tengok dia berkerja. tension kadang2 kalau tengok dia. kalau kite tegur pasal kerja dia, langsung tak boleh terima. lagi satu, saya notice dia ni sangat tak jujur berurusan dengan my omma. sebab saya tengok dia tak pernah bagi resit setiap payment yang my omma bayar dekat dia. even resit beli barang2 nak buat renovation pun takde langsung. geram betul.

my bro dengan my sis semua tak puas hati dengan mutu kualiti kerja dia.dah tu waktu bekerja dia pun langsung tak profesional. suka2 dia jer nak datang jam berapa n balik jam berapa. sampai kami berempat pujuk our omma tukar another kontraktor. tak tahan la. kerja dia slow sangat. silap2 nanti tak siap langsung. even dia pasang tiles dalam bilik air pun senget. haish! ape la nak jadi. kite percaye kat dia tapi dia pulak boleh buat taik!!


moral of the STORY : Don’t Trust  a few small malay contractor yang pandai cakap + putar belit. tapi kualiti kerja haprakk! (angry mode)

August 1, 2011

al-kisah HABUK & BELOG

Berikut adalah perbualan mereka:

BELOG: bile lah cik FF ni nk UPDATE ini blog? berjanggut nk menunggu.
HABUK: Ah!! ade pulak kau janggut incik Belog oiii.

BELOG: haha!! terlupe pulak.
             eh, kau kenapa menyemak kt sini Habuk?
             pg la maen tmpt lain!!

HABUK: woi Belog! lupe ke aku dh bermaharaja dekat sini hampir 2bln lbey?
BELOG: ye ke Habuk?aku terlupe la.
            chop!! kau la yg wat aku alergik smpai skrg. haaaa…cuumm!!!

HABUK: hoiii !!

MISS FF : enough both of you!!! I’m back!!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsabpSEqcpkBkR4q_YEY7O4GoVWqwhmQzRbYC7Y8XlT0Z1EfCiM15Nw7XTs-EhZszc73BYDrWm-hcyNW-IgcQosRna6Xt-iQ36Xo_MaxXJ8gGYYGVSeLrHYXwcd226GoGwpXeToelNkFY/s320/cleaning_cartoon_girl.jpg

stay tuned… =)

i know WHO you are !