Love Images

Awesome people was here

August 14, 2010

6 tahun hukuman penjara untuk HARTAWAN LUBNAN???

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman enam tahun penjara terhadap ‘hartawan’ Lubnan, Elie Youssef Najem atas dua tuduhan menipu, lima tahun lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim turut menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh atas tuduhan menyalahguna pas lawatan.
Mohd Azli mengarahkan Elie, 50, menjalani hukuman itu secara berturut-turut mulai semalam.
Bagaimanapun, Mohd Azali membenarkan hukuman itu ditangguhkan selepas pembelaan diwakili peguam S Selvam memohon membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan Elie diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin warga tempatan untuk proses rayuan itu dan pasportnya ditahan.
Dalam keputusannya, Mohd Azli berkata pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Terdahulu, Selvam merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap Elie dengan alasan tertuduh mempunyai penyakit kencing manis.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran membantah mengatakan alasan diberikan itu tidak kukuh.

 

BERITA PENUH

ehsan dr:

HMETRO.

 

 

p/s: berbaloi n setimpal ke hukuman ni untuk penipu besar mcm Ellie ni???
ape pndpt korg??

2 comments:

  1. @sis intan.
    ish2..
    kalo bole hukum sndiri.
    xpyah ade polis n undg2 lor.

    ReplyDelete

i know WHO you are !