Love Images

Awesome people was here

August 22, 2011

TIPS: Kebaikan berjalan kaki


Salam dan hi sume =)

Berjalan kaki… biarpun senaman ini terlalu mudah dan ringan, namun ianya ternyata mempunyai banyak manfaat pada kesihatan. Antara 10 sebab kenapa ianya penting untuk tubuh badan ialah :
  1. Dari penyelidikan Duke University Medical Center, berjalan kaki selama 30minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome, iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.
  2. Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan boleh mengurangakan risiko kanser payudara.Kerana ketika berjalan lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.
  3. Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu lebih nyenyak.
  4. Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relax.
  5. Mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot, serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.
  6.  Membuatkan kamu bahagia. Dimana ianya membantu mengurangkan stress.
  7. Berjalan kaki selama 90minit selama seminggu boleh membuatkan mood kamu lebih gembira. Dimana tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil ENDORPHIN.
  8. Wanita yang berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun. Fuyooo~
  9. Awet Muda. Bejalan kaki membuatkan otak kamu menjadi lebih aktif.
  10. Berjalan kaki selama 30minit sebanyak 3kali seminggu dikatakan boleh mencegah dan mengurangkan risiko tulang rapuh.

P/S: Jom try… :)

3 comments:

i know WHO you are !