Love Images

Awesome people was here

December 10, 2010

Dia Bukan Sesiapa…

Dia...

sesungguh nya dia itu. bukanlah sesiapa. tiada nama. bahkan tiada rupa.

tak siapa kenal dia.

dia itu...

cuma ada kawan-kawannya. yang dia berharap pada mereka, dapat mengisi masanya, yang diakhir-akhir itu. yang selama itu penuh dengan sia-sia. masa silamnya, masa remajanya, kelam, hambar, derita.

yang dia mahu, kawan-kawannya, hanya menggembirakan dia. untuk suatu jangka, yang tidak pasti. siapa tahu disebalik matanya, yang selalu ceria, yang sentiasa manis hingga menggamit sesiapa sahaja yang terpandang akannya, tersembunyi sebuah cerita duka yang kini telah menjadi barah.

dia tidak mahu mengingati semua itu. tiada kesudahan baginya. yang dia tahu, dia mahu meneruskan langkahnya. biar gegak dilangit, biar rekah dibumi, biar bertalu pawana. dia akan terus melangkah. tiada lagi masanya untuk dia berpaling. meratap masa silamnya. dia akan tinggalkan segalanya. segalanya yang pernah meninggalkan dia. suatu masa dahulu. sewaktu dia tidak mengetahui.

dan dihadapannya kini. ada kawan-kawannya. bersorak mengalu-alukannya. membuat dia tersenyum. walau dalam keadaan kakinya patah, tangannya patah, hatinya patah. dia gembira.

yang dia harapkan, kawan-kawannya tidak membenci dia. dan tidak meninggalkan dia.

kerana dia sudah letih. dan ingin bersandar. untuk seketika. melepaskan segala yang ditanggungnya.

sambil memandang kehadapan, dia memejamkan matanya...

p/s:
full credit to my fairy god bro,
Mrmy Zac ♥

1 comment:

  1. http://lifeasstoryteller.blogspot.com/2010/12/twenty-five-things-about-me.html

    anda ditag

    ReplyDelete

i know WHO you are !