Love Images

Awesome people was here

August 13, 2010

Dh sembelih kepala bapa pastu ckp dh diadili Tuhan??PELIK!!!

Korg masih ingt x kes yg kt Gemencheh, N9 yg gempar satu Malaysia tu???
Ala…yg dy bnuh ayah,datuk,nenek n adek perempuan dy tu?..
Meh2 refreshkn ingatan msing2…

SEREMBAN: Tertuduh kes bunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, Januari lalu, Rasidi Ismail, 32, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa dia membawa kepala bapanya yang disembelih keluar dari kawasan rumah menggunakan motosikal hingga ke pekan Tampin.

TERTUDUH...Rasidi dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, semalam.

Suspek..

Ketika memberi keterangan dari kandang tertuduh, Rasidi yang memakai baju kemeja putih berkata, sebaik sampai di Tampin, dia meneruskan perjalanan ke Seremban menggunakan sebuah teksi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur.
“Saya turun di Petaling Street dan mendapat visual imej seorang bekas teman saya iaitu Sherry meminta saya tunggu di Kuala Lumpur dan saya menyewa sebuah hotel bajet di Petaling Street. Saya menunggu dia (Sherry) sehingga esok paginya.
“Pada malam itu, saya diadili oleh Tuhan di atas pembunuhan yang dilakukan dan dijatuhi hukuman pancung,” katanya.
Menurutnya, pada pagi itu, dia mendapat tulisan di langit meminta supaya menanam kepala bapanya di mana-mana tanah perkuburan Islam lalu dia pergi ke Shah Alam menaiki sebuah teksi.
Katanya, sebaik sampai di sana, dia menanam kepala bapanya berhampiran pagar dan balik semula ke Kuala Lumpur dengan teksi sebelum solat Zuhur di Masjid Jamek

“Selepas itu, saya (pergi) ke Penjara Pudu untuk menjalani hukuman pancung, tetapi saya dapati Penjara Pudu sudah ditutup lalu saya bertanyakan kepada anggota polis yang bertugas di situ di mana tempat hukuman pancung dijalankan kerana saya dijatuhkan hukuman di dalam perbicaraan.
“Saya kemudian diarahkan oleh anggota polis itu supaya pergi ke belakang mahkamah dekat Dataran Merdeka dan apabila sampai di situ, saya dapati mahkamah berpindah lalu kembali semula ke Masjid Jamek Kuala Lumpur,” katanya.

BERITA PENUH

ehsan dr:
HMETRO

p/s: inilah yg berlaku bile manusia dh mula hilang pertimbangan diri.
apela nk jd…

3 comments:

  1. tulisan di langit..
    waka waka eh eh~

    ReplyDelete
  2. @cik_aiLeblu
    mmg ade wayar ptus tu.

    @kyo
    erk!
    hang nk nyanyi lagu utk den eh?

    ReplyDelete

i know WHO you are !