KUALA LUMPUR: Usianya baru 25 tahun, namun seorang wanita licik memperdaya lelaki yang dikenalinya melalui Internet dengan merelakan diri ditiduri sebelum mendesak untuk berkahwin dengan mendakwa dirinya hamil.
SUSPEK…
Hanya selepas beberapa bulan berkahwin, perempuan terbabit akan menghilangkan diri selepas mengikis duit suaminya dan sepanjang beberapa tahun lalu, ‘wanita pisau cukur’ itu sudah berkahwin dengan enam lelaki dan melarikan wang lebih RM500,000.
Sumber polis berkata, penipuan wanita itu terbongkar apabila suami terbarunya mengesan kegiatannya dan membawa isterinya ke Balai Polis Cheras di sini, untuk ditahan pada 6 Ogos lalu.
“Mangsa terbarunya dikenali sebagai Chung, 30-an, memberitahu polis dia mengenali wanita itu melalui laman facebook di Internet pada April lalu.
“Hasil perkenalan singkat itu, wanita terbabit mengajak mangsa keluar sebelum merayu mengikut teman lelaki barunya itu pulang ke rumah dengan alasan untuk menggunakan komputer. Ketika di rumah mangsa, dia menggoda dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks,” katanya.
Menurutnya, beberapa minggu kemudian wanita itu berlakon kononnya dia hamil dan mengugut mangsa supaya mengahwininya.
ehsan:
HMETRO.
p/s: ragam manusia nk cepat kaye.
ish2…